RaKaN-RaKaN SeTiA

kLiK-kLiK LaH DiSiNi

Sunday 14 August 2011

CARA MUDAH UNTUK MENCARI PERMULAAN MUKA SURAT JUZUK AL-QURAN

Aku nak berkongsi sedikit ilmu yang telah aku dapat nie...Selamat mencuba...

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya.
Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu
Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali

korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat

sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan
Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula
Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan
diciptakan manusia)


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat

setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan

menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat
setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula

pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada

kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat
pahala.

wassalam............

4 comments:

  1. Wah, besarnya kebesaran ALlah.. semoga awak dpt pahala ilmu sbb berkongsi.

    ReplyDelete
  2. thanx yati..sy mmg nk kngsi ilmu2 yg sy dpt..=)

    ReplyDelete
  3. tq pis kongsi big boss kite punya info ni...selamat berpuasa...jgn main mercun sgt...jual xpe...hahaha

    ReplyDelete
  4. mstiler..big boss kta kn power..hehe..memey aku men mercun pn..haha

    ReplyDelete