RaKaN-RaKaN SeTiA

kLiK-kLiK LaH DiSiNi

Thursday 15 December 2011

~WaNiTa PeRtAmA mAsUk SyUrGa SeBeLuM AnAk Rasulullah S.A.W~



Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islamdan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. 
Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
 
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
 
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Sunday 11 December 2011

~iKLaN tErBaiK~

Adakah korang ingat lagi iklan-iklan dibawah nie?Sila-sila la tengok yer..hehe

iklan zappel 80an


iklan maggie 1972