RaKaN-RaKaN SeTiA

kLiK-kLiK LaH DiSiNi

Sunday, 28 August 2011

SeLaMaT HaRi RaYa

Assalammualaikum kwn2...Dikesempatan hari raya tak lama lagi akan menjelma..Aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Sunday, 14 August 2011

CARA MUDAH UNTUK MENCARI PERMULAAN MUKA SURAT JUZUK AL-QURAN

Aku nak berkongsi sedikit ilmu yang telah aku dapat nie...Selamat mencuba...

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!

Mari Kita Cuba....!

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya.
Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu
Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali

korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat

sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan
Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula
Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan
diciptakan manusia)


Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat

setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan

menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat
setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar...


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82

Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula

pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182



Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada

kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat
pahala.

wassalam............

YAKJUJ DAN MAKJUJ

Hari ini aku nak kongsi sedikit sejarah-sejarah yang berkait rapat dengan yakjuj dan makjuj melalui video yang aku dapat..Aku harap ilmu sejarah aku nie dapat berkongsi dengan korang semua..Hayati dan fahamilah video yang nak disampaikan ini..kite kena sedar...Dunia sekarang berada difasa ke-4..Bila-bila masa je dajjal akan dapat takluk Palestin untuk dapatkan masjid Al-Aqsa untuk dijadikan HQ dia untuk memerintah...Renung2kanlah...


 
Part 1 (Pembukaan)


Part 2 (Zulkarnain)

Part 3 (Tembok dan Asal-usul)
Part 5 (Dengan cara penipuan)
Part 6 (Dajjal 1/4)
Part 6 (Dajjal 2/4)
Part 6 (Dajjal 3/4)
Part 6(Dajjal 4/4)

Part 7 (Imam Mahdi 1/4)
Part 7 (Imam Mahdi 2/4)
Part 7 (Imam Mahdi 3/4)
Part 7 (Imam Mahdi 4/4)
Part 8 (Nabi Isa)
Part 9 (Penutup)
Renung2kanlah...Selamat beramal...

LAMBANG ISRAEL PADA SYILING BARU MALAYSIA


MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini..

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10.
Rujuk gambar di bawah ini.



Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk
 
menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan,
 
adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.
 

"Sengaja tak mahu pakai lambang bulan dan bintang, tak mahu dunia tahu Islam agama rasmi Malaysia..."

Sunday, 7 August 2011

KISAH CINTA PISANG

Biasa dengar cerita percintaan Uda dan Dara, Romeo dan Juliet dan sebagainya yang sanggup buat apa saja demi cinta mereka yang kononnya cinta sejati.
Ini dara, awek yang sedang mekar..

Ini pula Uda, pakwe kepada dara..

Mereka sedang kemaruk bercinta..

Biasalah tengah kemaruk bercinta. Mereka tak endahkan pesanan Sohaimi Mior Hassan – . .jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang.Pergi clubbing setiap malam..

Mamat ini pula ialah Sumardi iaitu kawan kepada Uda yang jeles melihat kawannya bergembira..

Sumardi sudah report kepada ayah si dara. Ayah si dara hangin satu badan tidak merestui percintaan mereka..

Kerana ayahnya sudah ada calonnya sendiri iaitu si Ajoi anak orang kaya tetapi merupakan samseng Kg Dusun.

Ayahnya terus mengahwinkan Dara dengan Ajo..

Uda frust giler dan mengikut kata syaitan dan membuat keputusan bodoh, membunuh dir..

Si Dara yang tak berapa nak dara tadi pun rasa bersalah dengan kematian si Uda.
Dia pun membuat keputusan nekad juga…
:
:
:
:
Terjun ke kuali yang penuh minyak panas…

Berakhirlah riwayat mereka . Inilah kisah sadis Uda dan Dara..macam cerita drama-drama Melayu, sinetron, hindustan dan sebagainya samada nak jadikan happy ending atau sad ending dan orang-orang kita pun berair-air mata menghayati cerita ini dan memollow cerita ni setiap hari dari episod 1 hingga ke episod 49.