Aku nak kongsi ilmu yang aku dapat nie..Selamat beramal..
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,  malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun  hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana  tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah  s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang  duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali  kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah  sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan  malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat  selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah  s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir  al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana  sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan  diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat  kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana  ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah  s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat  Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah  bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada  siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada  waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga  solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam  hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian  meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan  mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan  mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang  dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan  dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil  baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,  malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia  dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya  seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu  antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang  berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah  s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya  berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah  s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk  saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang  akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu  malam hingga Subuh.
 
 
Semoga kita semua mendapat rahmat-Nya. Amin.
ReplyDelete